:SMILE MAKE ME HAPPY:
D'Owner!

Hai sweety and handsome:)



Entries About Linkies Stuff

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Annyeonghaseyo. Welcome to my wonderland.


silalah tinggal kan jejak anda disini :)!



Credits!

Template: Nurul AtiQah
Edited By: mis Nurkhirati
Others:   


Kenapa Awak Berubah?

Awak hadir dalam hidup saya dikala saya kesunyian dan memerlukan seorang teman untuk diajak berbicara. Awak hadir tepat pada masanya dikala saya sedang mencari seseorang yang boleh membuatkan hidup saya bahagia. Awak hadir dikala saya kesunyian menempuhi liku-liku hidup ini. Awak hadir disaat saya memerlukan awak sebagai peneman hidup saya. Betapa bertuahnya saya dengan kehadiran awak dalam hidup saya. Awaklah yang banyak membantu saya melupakan kisah silam saya. Melupakan manusia yang tidak bersyukur dengan kasih sayang yang telah saya berikan selama ini. Awak yang banyak mendengar masalah saya. Awak bukan sekadar pendengar yang setia tapi pada masa yang sama awak juga menasihati saya walaupun kadang-kadang nasihat awak itu tidak saya turuti. Sekurang-kurangnya saya tahu awak ambil berat pasal diri saya. Thank a lot awak sebab kehadiran awak banyak membantu saya walaupun kita sekadar kawan sahaja and not more than that.



Awak
Saya happy bila tiap-tiap hari awak mesej saya. Bila dengar bunyi mesej dan nama awak yang terpapar dekat skrin itu saya akan tersenyum lebar. Sememangnya hampir tiap-tiap hari saya tunggu mesej awak. Kalau awak tak mesej dalam masa sehari saya akan gelabah dan mula fikir yang bukan-bukan pasal awak. Saya tahu awak tak mesej saya sebab nak uji saya kan. Nak tahu saya akan mesej awak ke tak kalau awak yang tak mulakan dulu. Tapi awak kena tahu. Saya memang nak mesej awak tapi saya malu. Yelah saya kan perempuan takkan la saya nak mulakan dulu. Awak kenala faham. Saya tak mesej awak bukan tandanya saya lupakan awak tapi saya MALU. Kalau awak nak tahu saya tak senang duduk kalau awak tak mesej saya dalam masa sehari. Sebab kitakan dah biasa mesej tiap-tiap hari. Then bila awak tak hantar mesej 2 akan membuatkan saya rasa janggal dan pelik la. Boleh dikatakan tiap-tiap jam saya akan check handphone untuk pastikan ada mesej dari awak ke tak.
Dengan zaman teknologi yang canggih sekarang ini, kita bukan sahaja contact melalui handphone tapi melalui cara lain juga. Itu membuatkan hubungan kita lagi bertambah rapat. Kita skype, ym, fb dan banyak lagi la cara yang boleh mengeratkan hubungan kita ini. Kita juga selalu share masalah sama-sama. Kalau awak ada masalah awak story dekat saya begitu juga saya. Saya nasihat awak dan awak juga nasihat saya. Kita juga saling mengingati antara satu sama lain. Bila salah seorang dari kita ada masalah, kita bagi dia semangat dan dorongan. Kita bagi dia sokongan supaya dia tak merasa keseorangan. Pendek kata semua masalah awak ada dalam tangan saya dan masalah saya juga mungkin awak tahu walaupun tak sebanyak saya tahu pasal masalah awak. Walaupun tak dapat membantu dengan wang ringgit atau tulang empat kerat, sekadar membagi sokongan sudah cukup menggembirakan hati. 

Tapi kini
Saya dapat merasakan yang awak dah mula jauh dari hidup saya. Ke perasaan saya je? Kalau ini hanya perasaan saya kenapa saya dah tak kenal awak yang dulu. Saya nak awak yang dulu. Saya tak suka dengan diri awak sekarang. Boleh tak awak jadi macam dulu? Saya nak awak yang suka sindir-sindir saya. Saya nak awak yang suka kacau saya. Saya nak awak yang suka gedik-gedik dengan saya. Saya nak awak yang suka manja-manja dengan saya. Saya nak awak yang suka kutuk-kutuk saya. Sesungguhnya saya amat merindui saat-saat indah itu. Walaupun saya marah awak kutuk-kutuk saya sebenarnya jauh di lubuk hati saya, saya tak pernah pun simpan di dalam hati malah saya senang dengan perangai awak 2. Saya anggap itu semua sebagai gurauan untuk merapatkan lagi hubungan di antara kita.


awk kenape awk brubah ....saya sayang awk sangat2..sayang teramat sgt..i love u TUAN MUHAMMAD HISYAM..

Labels: